Khamis, 1 Julai 2021

Malaysiaku

NEGARAKU MALAYSIA

Siapa sahaja tidak tahu bahawa Malaysia kaya dengan penduduk yang berbilang kaum.Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum seperti kaum Melayu ,Cina,India dan bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak.

Walaupun terdapat perbezaan di antara setiap kaum seperti budaya hidup,makanan ,pakaian tradisional serta perayaan masing-masing tetapi mereka mampu hidup dengan harmoni.Setiap kaum perlulah memainkan peranan penting untuk mewujudkan kesejahteraan negara dengan sentiasa menegur sapa,sentiasa menziarahi ketika sakit,memberi buah tangan dan menjemput rakan kita yang berbeza kaum datang ke rumah terbuka kita.


Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa,agama dan budaya.Hal ini kerana kebijaksanaan pemimpin kita yang menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara yang maju.

Setiap tahun kita akan merayakan pelbagai perayaan kerana setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza.Suasana pada hari perayaan sangat meriah.Jadi,saya ingin berkongsi tentang perayaan-perayaan yang terdapat bagi setiap kaum di Malaysia.

JENIS-JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

1) Hari Raya Aidilfitri

Umat Islam di Malaysia sudah tentu menyambut Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran sebagai tanda meraikan kemenangan kerana kejayaan melaksanakan ibadah puasa wajib sebulan serta mengharungi ujian dan cabaran sepanjang Ramadan.







Setiap rumah akan menghias rumah dengan pelbagai lampu berwarna-warni yang cantik.Mayarakat Melayu akan berkumpul dengan memakai pakaian yang lawa dan baharu untuk bermaaf-maafan bersama ahli keluarga mereka.Amalan ini sudah menjadi amalan kaum Melayu di Malaysia.

2. Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baharu Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.




Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

3) Deepavali

Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. 









Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia.


4) Hari Gawai

Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik.Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.






Selepas menjalankan aktiviti menuai, beras sudah tentunya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu selera orang ramai


5) Thaipusam

Thaipusam  adalah  antara perayaan keagamaan yang disambut secara  besar-besaran oleh penganut agama Hindu  di Semenanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu  untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu  Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.






Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat  tersebut untuk menyempurnakan  penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.


6) Hari Wesak

Sambutan perayaan Wesak di Malaysia memberi anda kesempatan untuk menyaksikan peristiwa penting ini yang menandakan tiga tonggak utama dalam kehidupan Budhha - kelahiran, pencerahan dan nirvana. Budha di seluruh negara memerhatikan puasa untuk membersihkan diri dan juga menghabiskan masa bermeditasi di kuil sepanjang hari.






Mereka juga melepaskan merpati dan kura-kura sebagai simbol membebaskan jiwa dan membebaskan dosa-dosa masa lampau. Perayaan suci ini ditandai dengan memberi sedekah, kerohanian dan positif.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Hasil daripada perayaan-perayaan yang telah dinyatakan  jelas menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai keunikan yang terunggul kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
            Seperti kata pepatah ‘‘bersatu teguh, bercerai roboh’’, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah duduk semeja, berganding bahu, dan bekerjasama dalam mengeratkan perpaduan tanpa mengira kaum, agama, budaya, dan warna kulit demi masa depan negara yang cerah serta merealisasikan konsep Satu Malaysia demi kesejahteraan bersama.

11 ulasan:

Malaysiaku

NEGARAKU MALAYSIA Siapa sahaja tidak tahu bahawa Malaysia kaya dengan penduduk yang berbilang kaum.Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang...